Laman Utama Tarikh Kemaskini: 20 April 2010  


KEWANGAN & HASIL

PENGENALAN

 

Unit Kewangan Dan Hasil Hospital Kota Tinggi adalah sebuah unit yang terletak

di bawah Pentadbiran Hospital.

 

 

WAKTU OPERASI UNIT KEWANGAN DAN HASIL ADALAH:

 

Isnin – Khamis        : 8.00 pagi sehingga 1.00 petang

                                   : 2.00 petang sehingga 5.00 petang

Rehat                         : 1.00 petang sehingga 2.00 petang

 

Jumaat                       : 8.00 pagi sehingga 12.15 tengahari

                                    : 2.45 petang sehingga 5.00 petang

Rehat                         : 12.15 tengahari sehingga 2.45 petang

 

 

 

OBJEKTIF UNIT KEWANGAN DAN HASIL

 

            Unit Kewangan dan Hasil bertanggungjawab memberikan perkhidmatan sokongan di dalam pengurusan hal-ehwal kewangan jabatan dan menguruskan punggutan hasil hospital bagi melicinkan matlamat program jabatan yang berkaitan dengan perbelanjaan kewangan hospital serta punggutan hospital.

 

 

PERANAN UNIT KEWANGAN DAN HASIL

 

§               Unit Kewangan dan Hasil bertanggungjawab di dalam menguruskan perbelanjaan kewangan hospital bagi setiap aktiviti dan menguruskan punggutan hasil hospital.

 

§               Memberikan  perkhidmatan sokongan tertentu bagi melicinkan pencapaian matlamat program seperti yang telah dirancang oleh pihak hospital.

 

§               Unit Kewangan menggunakan Sistem Pengurusan Kewangan Berhemah secara elektronik (eSPKB) dalam proses penyediaan baucer untuk membuat pembayaran kepada pembekal malahan anggota hospital sendiri terutama bagi tuntutan lebih masa dan tuntutan perjalanan anggota serta mengawal perbelanjaan setiap aktiviti di hospital .

 

§               Menggunakan Sistem Pengurusan elektronik bermula 1 Januari 2007 untuk proses penyediaan semua laporan-laporan punggutan hasil, tunggakan hasil dan laporan-laporan hasil yang berkaitan. 

 

 

Printer Friendly Page Send this Story to a Friend


 Hakcipta Terpelihara © 2007 - Hospital Kota Tinggi

PENAFIAN:
Hospital Kota Tinggi tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.

Dasar Privasi    |   Dasar Keselamatan