previous arrow
next arrow
Slider

Unit Farmasi

UNIT FARMASI

HOSPITAL KOTA TINGGI

LOKASI

  1. Unit Farmasi Pesakit Luar terletak di bangunan Jabatan Pesakit Luar Hospital Kota Tinggi.
  2. Unit Farmasi Bekalan Wad terletak di bangunan empat tingkat.
  3. Unit Farmasi Pengeluaran terletak pada bangunan yang sama dengan Unit Farmasi Logistik.

OBJEKTIF

  1. Untuk memastikan perkhidmatan pembekalan ubat “dispensing” kepada para pesakit dapat diberikan dengan cekap dan berkesan bagi perawatan dan penyembuhan pesakit.
  2. Untuk memastikan kesemua pesakit mendapat ubat yang dipreskribkan dalam kuantiti yang mencukupi, berkualiti dalam jangkamasa yang secepat mungkin dan mendapat penerangan mengenai ubat dengan jelas dan terperinci.
  3. Untuk memastikan perkhidmatan perolehan, penyimpanan dan pembekalan ubat, bukan ubat dan keperluan am lain untuk unit-unit di hospital dan kesihatan dapat berjalan dengan cekap, berkesan dan dibekalkan dalam masa yang ditetapkan dan mengikut Tatacara Pengurusan Stor dalam Arahan Perbendaharaan.

 

SKOP PERKHIDMATAN DAN FUNGSI

  1. Merancang, mengurus, mengawal dan menjadikan perkhidmatan Farmaseutikal Kementerian Kesihatan Malaysia yang selamat dan berkembang.

a)   Perkhidmatan Farmasi Pesakit Luar

  • Perkhidmatan pendispensan ubat kepada pesakit Jabatan Pesakit Luar, Klinik Rawatan Pakar, Unit Kecemasan dan Trauma, pesakit discaj dan pesakit yang dirujuk daripada Hospital atau Klinik Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia yang mematuhi syarat-syarat SPUB dan menjalankan kaunseling pesakit yang dirujuk atau “walk in” tentang cara “insulin injecting device”, pelbagai jenis “inhaler”, cara pengambilan ubat-ubatan dan penyediaan ubat-ubatan oleh Pegawai Farmasi dan memberi perkhidmatan kaunseling kumpulan untuk pesakit serta menyediakan ubat-ubatan “after office hour” untuk Unit Kecemasan dan Trauma dan melaksanakan Diabetes Medication Therapy Adherence Clinic (DMTAC) untuk pesakit diabetes.

b) Perkhidmatan Farmasi Bekalan Wad

  • Membekal ubat secara Unit of Dose (UOD) dan Imprest Floor Stock (IFS) kepada semua wad dan unit pengguna yang lain dan menjalankan kaunseling “bed-side”pesakit tentang cara “insulin injecting device”, pelbagai jenis “inhaler”, cara pengambilan ubat-ubatan dan penyediaan ubat-ubatan “bed-side” dispensing oleh Pegawai Farmasi serta menjalankan pemeriksaan wad-wad dan unit yang menyimpan ubat-ubatan di stor unit.

c)    Perkhidmatan Farmasi Pengeluaran

  • Memformulasi dan membuat persediaan farmaseutikal yang tiada di pasaran sahaja, yang dikawal mutunya dengan ujian mikroorganisma, untuk kegunaan hospital dan klinik kesihatan di bawah jagaan serta membuat prabungkus ubat-ubatan dan galenikal.

d)    Perkhidmatan Maklumat Ubat

  • Memberikan penerangan dan maklumat kepada orang awam, para pesakit dan anggota hospital mengenai informasi ubat-ubatan serta mengadakan sesi Continuous Pharmacy Education (CPD) untuk Pegawai Farmasi, Penolong Pegawai Farmasi, Pegawai Perubatan paramedik dan lain-lain anggota hospital.

e)   Perkhidmatan Farmasi Logistik

  • Memesan, menyimpan dan membekalkan stok yang mencukupi untuk kegunaan hospital dan kesihatan dalam tempoh 2-3 bulan. Perolehan dan penyimpanan bekalan berasaskan kepada garispanduan Tatacara Pengurusan Stor dan undang-undang semasa. Senarai item Approved Product Purchase List (APPL) mesti dipesan dari Pharmaniaga Logistik Sdn Bhd dengan mematuhi prosedur dan jadual yang ditetapkan manakala pembelian item lain yang selain dari senarai APPL mesti mematuhi Pekeliling Perolehan Perbendaharaan Malaysia.

f)   Perkhidmatan Farmasi Wad

  • Menjalankan rondaan wad bersama Pakar Perubatan/ Pegawai Perubatan, mengenalpasti “pharmaceutical care issues” bagi pesakit di dalam wad dan menjalankan discaj dispensing dan kaunseling secara “bed-side”.

g)  Perkhidmatan Kaunseling Pesakit

  • Unit Farmasi Pesakit Luar dan Farmasi Pesakit Dalam merupakan unit-unit yang memberikan perkhidmatan kaunseling ubat-ubatan kepada para pesakit.

h)  Pemantauan Dadah Berbahaya dan Psikotropik di wad-wad, Unit Kecemasan dan            Trauma dan unit-unit melalui pemeriksaan wad secara berkala setiap tiga bulan.

i)  Pemantauan kesan advers ubat dan penyediaan laporan kesan advers ubat ke                      Bahagian Surveillance & Farmakovigilans, Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM.

j)  Masa operasi Unit Farmasi

             ♦      Ahad – Khamis :

8.00 pagi – 10.00 malam (Farmasi Pesakit Luar)

8.00 pagi – 5.00 petang (Farmasi Bekalan Wad, Farmasi    Pengeluaran,                               Farmasi Logistik) (Ahad-Rabu)

8.00 pagi – 3.30 petang (Farmasi Bekalan Wad, Farmasi Pengeluaran,                                   Farmasi Logistik) (Khamis)

            ♦       Jumaat & Sabtu & Cuti Umum :

9.00 pagi – 2.00 petang & 5.00 petang – 10.00 malam (Farmasi Pesakit Luar)

9.00 pagi – 2.00 petang (Farmasi Bekalan Wad)

Selain waktu di atas, perkhidmatan diberikan mengikut keperluan atas                                   panggilan (oncall).

Soalan Lazim mengenai Vaksin Covid-19

Soalan Lazim mengenai Vaksin Covid-19 Daripada :-
Dr.Wan Muhammad Farhan bin Wan Fauzi
Pegawai Perubatan 
Hospital Kota Tinggi, Johor
PKPP - Bersama mencegah COVID-19. Lindungi keluarga anda dengan sentiasa memantau status kesihatan diri dan keluarga.
PKPP - Selamat kembali ke sekolah! Jaga jarak sosial, amalkan kebersihan OPTIMUM dan jangan lupa patuhi SOP.
PKPP - Elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain. Tangan yang tidak dibasuh dengan kerap dan betul, PENUH dengan kuman!
PKPP - Rakyat Malaysia jangan lupa kita masih belum menang. Terus PATUHI SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

PENAFIAN Pihak Hospital Kota Tinggi, Johor tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan menerusi maklumat yang diperolehi melalui portal ini. Frontier Theme
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status