PORTAL RASMI HOSPITAL KOTA TINGGI

Makmal Patologi

  1. Pengenalan

Merupakan Unit makmal yang menjalankan ujian rutin diagnostik terhadap sampel biologi pesakit atau pelanggan bagi menyokong proses pendiagnosan penyakit, perkembangan rawatan pesakit serta kesihatan awam.

Lokasi makmal terletak bangunan tunggal yang bersebelahan dengan bangunan Dewan Delima dan berdekatan laluan keluar hospital.  Lokasi boleh dicapai melalui laluan utama pintu masuk hospital atau melalui susur gajah sepanjang laluan ke Klinik Dada.

2.  Visi

Ke arah menyediakan perkhidmatan patologi yang mantap dan menyeluruh bagi memenuhi keperluan proses pendiagnosan dan rawatan pesakit serta kesihatan awam yang lebih cemerlang di Hospital Kota Tinggi.

      3.  Misi

Menyediakan perkhidmatan patologi yang cekap, tepat dan bermutu kepada pelanggan dengan penuh integriti.

     4.  Objektif

  • Menjalankan ujian diagnostik terhadap sampel biologi pesakit atau pelanggan berpandukan kaedah yang standard dan teknologi semasa yang sesuai, kos efektif, serta mesra pengguna.
  • Menjamin mutu perkhidmatan melalui program kawalan mutu dalaman dan luaran yang berterusan.
  • Memastikan anggota berkemahiran tinggi, kompiten dan cekap melalui program latihan dan pembelajaran berterusan serta prestasi yang sentiasa dipantau.
  • Mewujudkan rangkaian dan hubungan kerjasama yang erat dengan makmal-makmal rujukan dari segi perkhidmatan dan kepakaran lanjutan.

Get 30% off your first purchase

X