PORTAL RASMI HOSPITAL KOTA TINGGI

UNIT REKOD PERUBATAN

HOSPITAL KOTA TINGGI

  1.   LOKASI

 Unit Rekod Perubatan, Hospital Kota Tinggi terletak di tengah tengah tapak hospital iaitu berhadapan dengan Bangunan 4 Tingkat ( Wad Obsetrik , Wad Pediatrik dan wad kelas 2 lelaki & perempuan ).

     2.    OBJEKTIF

 Unit Rekod Perubatan bertanggungjawab menyelaras semua urusan berkaitan dengan rekod perubatan dan menyelaras permohonan laporan perubatan , Lembaga Perubatan dan juga penyediaan statistik rawatan perubatan (HMIS).

     3.    SKOP PERKHIDMATAN

3.1  Menyimpan rekod rekod perubatan :

♣  BHT

♣  Kad Rawatan Pesakit Luar (Unit Kecemasan dan Trauma)

3.2  Menerima dan memproses permohonan laporan perubatan

3.3  Mengumpul data data ( reten ) dan menyediakan Laporan statistik HMIS

3.4  Menerima borang notifikasi penyakit berjangkit dan memasukkan data ke

dalam sistem enotis (Penolong Pegawai Kesihatan & Persekitaran)

3.5  Melupuskan rekod rekod perubatan yang telah tamat tempoh simpanan

selaras dengan peraturan peraturan yang telah ditetapkan oleh Arkib

Negara Malaysia

3.6  Unit rekod perubatan bertindak sebagai Setiausaha bagi Jawatankuasa

Rekod Perubatan , Hospital Kota Tinggi.

3.7  Unit rekod perubatan beroperasi mengikut waktu pejabat dan panggilan

kecemasan boleh dibuat mengikut aturan Jadual on call untuk semua staff

unit rekod apabila diperlukan.

Get 30% off your first purchase

X