previous arrow
next arrow
Slider

Unit Hemodialisis

UNIT HEMODIALISI

HOSPITAL KOTA TINGGI

1- Pengenalan

Unit Hemodialisis Hospital Kota Tinggi telah dibina pada bulan Mac 2002 dan siap pada bulan Julai 2002. Pembinaan unit Hemodialisis ini telah menelan kos sebanyak RM348,530.00. Seterusnya, unit ini mula beroperasi pada 30-10-2002 sehingga sekarang. Perasmian Unit Hemodialisis telah disempurnakan pada 5-1-2003 oleh YB Dato` Seri Syed Hamid bin Syed Albar. Manakala lawatan rasmi oleh Menteri Kesihatan iaitu Dato Chua Jui Meng telah dibuat pada 29-11-2003.

Bermula dengan 4 buah mesin hemodialisis pada tahun 2002, unit ini telah mendapat penambahan sebanyak 2 buah mesin lagi pada tahun 2006 melalui peruntukan KKM. Seterusnya pada bulan Jun 2008, pihak Yayasan Felda telah menderma sebanyak 3 buah mesin hemodialisis jenis “Fresenius” kepada unit ini.. Manakala, pada Januari 2009, sebanyak 2 buah mesin hemodialisis lagi ditambah melalui peruntukan KKM dan terkini pada bulan September 2013, pihak KKM telah menambah sebanyak 2 buah dan pada tahun 2016 sebanyak 1 buah  mesin hemodialisis menjadikan jumlah keseluruhan 14 buah. Kesemua mesin-mesin tersebut berada dalam keadaan baik dan masih boleh digunakan, kecuali 4 buah mesin awal yang telah melebihi usia 10 tahun yang sering mengalami kerosakan.

2- Lokasi Unit

Unit ini terletak di bahagian belakang sudut kiri kawasan Hospital Kota Tinggi. Lokasinya berhampiran bangunan pejabat Medivest Sdn Bhd.

3- Objektif Unit

Memberi rawatan hemodialisis yang kronik secara berjadual, berkualiti dan kompeten.

4- Visi Unit

Menjadikan Unit Hemodialisis, Hospital Kota Tinggi sebagai sebuah pusat hemodialisis yang unggul dan cemerlang di Daerah Kota Tinggi.

5- Misi Unit

Memastikan bahawa pesakit”Penyakit Buah Pinggang Tahap Akhir” mendapat rawatan hemodialisis yang mempunyai tahap kualiti yang tinggi dengan kemudahan rawatan terkini.

6- Dasar Kualiti Unit

Kami adalah komited untukmemberikan perkhidmatan hemodialisis kepada pesakit “Penyakit Buah Pinggang Tahap Akhir” dengan rawatan yang diberikan adalah sentiasa berkualiti, selesa dan mesra.

7- Struktur Organisasi

7.1-      Secara keseluruhannya, organisasi perkhidmatan dialisis adalah terletak dibawah Jabatan Nefrologi Hospital Sultanah Aminah Johor Bharu, dimana semua laporan bulanan dan tahunan dihantar secara berkala.

7.2-      Unit Hemodialisis, Hospital Kota Tinggi diletakkan dibawah jagaan seorang Pakar Perunding Nefrologi HSAJB mengikut jadual. Pakar Nefrologi berkenaan juga bertanggungjawab keatas unit hemodialisis lain diseluruh Negeri Johor. Manakala di peringkat tempatan atau daerah, unit ini terletak dibawah bidang kuasa Pengarah Hospital Kota Tinggi.

7.3-      Unit Hemodialisis, Hospital Kota Tinggi dikendalikan oleh kakitangan yang terlatih dalam bidang perawatan renal.

7.4-      Unit Hemodialisis, Hospital Kota Tinggi diketuai oleh seorang Penolong Pegawai Perubatan U32 y/m.

8- Perkhidmatan Unit

    8.1- Waktu Perkhidmatan.

Hari Sabtu – Khamis                   : 7.00PG – 9.00 MLM (3 syif rawatan dialysis                                                                              setiap hari).

Hari Kelepasan Am (KA)            : Perkhidmatan dibuka seperti hari bekerja.

Hari Jumaat                                : TUTUP.

Soalan Lazim mengenai Vaksin Covid-19

Soalan Lazim mengenai Vaksin Covid-19 Daripada :-
Dr.Wan Muhammad Farhan bin Wan Fauzi
Pegawai Perubatan 
Hospital Kota Tinggi, Johor
PKPP - Bersama mencegah COVID-19. Lindungi keluarga anda dengan sentiasa memantau status kesihatan diri dan keluarga.
PKPP - Selamat kembali ke sekolah! Jaga jarak sosial, amalkan kebersihan OPTIMUM dan jangan lupa patuhi SOP.
PKPP - Elakkan bersalaman atau bersentuhan dengan orang lain. Tangan yang tidak dibasuh dengan kerap dan betul, PENUH dengan kuman!
PKPP - Rakyat Malaysia jangan lupa kita masih belum menang. Terus PATUHI SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

PENAFIAN Pihak Hospital Kota Tinggi, Johor tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan menerusi maklumat yang diperolehi melalui portal ini. Frontier Theme
Skip to content
This Website is committed to ensuring digital accessibility for people with disabilitiesWe are continually improving the user experience for everyone, and applying the relevant accessibility standards.
Conformance status